Bijaknya orang dulu-dulu berpolitik

- Advertisement -

DALAM PRU 1969, PAS gagal mendapat sebarang kerusi di Dewan-Dewan Undangan Negeri di luar Kelantan, Terengganu dan Kedah melainkan 1 kerusi di Perlis (melalui Hussain Abdul Rahman di S8 Arau) dan 1 kerusi di Perak (melalui Mahmud Zainal Abidin di S18 Kampong Gajah).

- Advertisement -

Begitupun, setelah PAS menyertai BN, dalam PRU 1974, di peringkat Dewan Undangan Negeri, PAS telah diberikan 3 kerusi di Perak, 2 kerusi di Perlis, 1 kerusi di Pulau Pinang, 1 kerusi di Pahang, 1 kerusi di Selangor, 1 kerusi di Negeri Sembilan dan 1 kerusi di Melaka.

Di Perak, tiga ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Baharuddin Abdul Latif di N8 Gunong Semanggol, Mohamed Junid di N16 Lubok Kerbau dan Abdul Latif Mat Lajin di N28 Bota.

Di Perlis, dua ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Hussain Abdul Rahman di N10 Bandar Arau dan Ahmad Long di N12 Sanglang.

Di Pulau Pinang, ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Zabidi Ali di N7 Sungai Dua.

Di Pahang, ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Mohd Rushdie Arif di N27 Bukit Ibam.

Di Selangor, ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Hamdan Bakri di N4 Sungai Panjang.

Di Negeri Sembilan, ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Azhari Hamzah di N19 Pasir Panjang.

Di Melaka, ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Mohd Nor Noordin di N11 Tanjong Minyak.

Bukan setakat itu, malah Mohamed Junid telah turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Perak, Ahmad Long telah turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Perlis dan Zabidi Ali telah turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pulau Pinang.

Begitulah bijaknya orang dulu-dulu berpolitik.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 11/9/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -