Berat amanah setelah menang sebagai kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru muslimat PAS untuk terus konsisten memperkasakan jati diri pejuang Islam menerusi agenda membangunkan muslimat akifi.

Tindakan itu demi menyahut cabaran menjadi jentera parti 12K sehingga menjadi qudwan dalam dakwah dan siasah hasil tarbiah berterusan yang disediakan parti.

- Advertisement -

Menurut Ketuanya, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menjelaskan bahawa beratnya amanah setelah meraih kemenangan menjadi kerajaan.

Malah katanya, perkara tersebut telah menjadi kebimbangan baginda Rasulullah SAW kepada umatnya sepanjang hayat berkenaan ujian kemenangan dalam bentuk kebendaan dan keselesaan hidup.

Justeru itu, beliau menasihati agar muslimat PAS sentiasa berhati-hati dan menghindari sifat cintakan dunia setelah berkuasa dan sentiasa mengingati mati.

“Perlulah sentiasa kita hindari dan menjauhi segala sifat hubb ad-dunia (cintakan dunia) apabila sudah berkuasa dan lupakan serta takutkan kematian yang akan datang pada bila-bila masa sahaja yang ditetapkan Allah SWT.

“Sehubungan dengan itu, jati diri pejuang Islam mesti diperkasakan menerusi agenda membangunkan muslimat akifi , menyahut cabaran menjadi jentera parti 12K, sehingga menjadi qudwah dalam dakwah dan siyasah hasil tarbiyah yang berterusan yang disediakan oleh parti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-60 di Hotel Premiera, Menara MARA Kuala Lumpur, di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 11/9/2020

- Advertisement -