Segeralah daftar sebagai pemilih

- Advertisement -

PAS Kedah terpanggil untuk memberi respon kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), YB Datuk Shabudin Yahaya dalam persidangan Dewan Negara semalam mengenai 4.2 juta penduduk di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PAS Kedah juga bersetuju agar tanggungjawab untuk menyedarkan mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi tidak harus diletakkan di bahu SPR semata-mata sebaliknya perlu digalas bersama semua pihak seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik.

Sehubungan itu, PAS Kedah melalui Jabatan Pilihan Raya PAS di semua peringkat akan melipatgandakan usaha dalam kempen menyeru ahli dan juga mana-mana rakyat Malaysia yang telah layak mengundi agar segera melaksanakan pendaftaran selaku pemilih, sekali gus mempunyai hak untuk menentukan hala tuju dan masa depan negara ini. 

- Advertisement -

Pendaftaran pemilih boleh dilakukan di mana-mana pejabat SPR, Pejabat POS, Pejabat Daerah atau Pejabat Majlis Daerah, melalui ejen-ejen yang dilantik pihak kerajaan atau pendaftaran secara dalam talian menerusi https://mysprdaftar.spr.gov.my.

“Islam Memimpin Perpaduan”

HAJI AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
22 Muharam 1442H | 10 September 2020 – HARAKAHDAILY 10/9/2020

- Advertisement -