PRN Sabah: Shafei Apdal ‘tampar’ Anwar Ibrahim?

- Advertisement -

SEMALAM Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengongsi kenyataan media Ketua Penerangan PKR Sabah, Simsudin Sidek, yang menyebut PKR akan meletakkan 14 orang calon dalam PRN Sabah 2020, iaitu di kerusi-kerusi berikut:
1. N05 Matunggong
2. N08 Pintasan
3. N09 Tempasuk
4. N14 Tamparuli
5. N18 Inanam
6. N20 Api-Api
7. N23 Petagas
8. N27 Limbahau
9. N31 Membakut
10. N32 Klias
11. N43 Kemabong
12. N45 Sook
13. N51 Sg Manila
14. N61 Segama

- Advertisement -

Tegas Simsudin Sidek, bilangan 14 orang calon PKR ini adalah satu peningkatan yang munasabah memandangkan bilangan kerusi DUN juga meningkat dari 60 sebelum ini kepada 73 untuk PRN Sabah 2020.

Malangnya, hari ini, berdasarkan kepada senarai calon WARISAN Plus yang diumumkan oleh Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafei Apdal, ternyata PKR hanya diberikan 7 kerusi sahaja, iaitu:
1. N05 Matunggong
2. N09 Tempasuk
3. N14 Tamparuli
4. N18 Inanam
5. N20 Api-Api
6. N32 Klias
7. N45 Sook

Tiada walau satu pun kerusi yang baru diwujudkan diberikan kepada PKR untuk ditandingi.

PAN pula diberikan 1 kerusi untuk ditandingi, iaitu N24 Tanjung Keramat.

Begitulah ‘baik dan ikhlasnya’ WARISAN di dalam berkawan dengan PKR dan PAN.

Kita tunggu sahaja reaksi pemimpin-pemimpin PKR dan PAN ke atasnya, itu pun jika ada.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 10/9/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -