Penoreh getah mesti terus dibantu

- Advertisement -

SAYA menyambut baik usaha pihak kerajaan dalam memastikan kilang-kilang pemprosesan sarung tangan getah di Malaysia terus menggunakan getah asli tempatan berbanding getah sintetik di dalam pembuatan produk tersebut. 

Berdasarkan data dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah sarung tangan getah yang dihasilkan di dalam negara dengan menggunakan getah asli adalah 60 peratus dari jumlah keluaran dan selebihnya, 40 peratus menggunakan getah sintetik. 

Di samping itu, disebabkan wabak COVID-19, permintaan kepada sarung tangan getah di seluruh dunia meningkat dan dijangka mencapai sehingga 330 bilion unit pada tahun ini. Dari jumlah ini, 67 peratus daripadanya dibekalkan oleh negara kita. 

- Advertisement -

Tambahan pula, nilai eksport sarung tangan getah juga meningkat pada kadar 50.1 peratus dengan nilai RM15.06 bilion bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun 2020 berbanding RM10.03 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Justeru itu, saya merasakan dengan nilai permintaan yang tinggi ini seharusnya akan memanfaatkan para penoreh getah di Malaysia seperti di Baling, Sik, Grik dan Jeli. 

Jumlah permintaan yang banyak dan peratusan bekalan dari Malaysia sepatutnya memberikan khabar gembira kepada para penoreh getah di negara ini.

Sekian, terima kasih. 

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SENATOR USTAZ IDRIS HAJI AHMAD 
 Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 10/9/2020

- Advertisement -