Penduduk di kawasan TEMCO terima sumbangan

- Advertisement -

SUNGAI PETANI: Penduduk yang tinggal di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO) di Ambangan Height menerima sumbangan kerajaan negeri.

Sumbangan itu disampaikan anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Dr Hayati Othman di sini semalam.

- Advertisement -

Hadir sama pada program berkenaan Adun Tanjung Dawai, Ustaz Hanif Ghazali. Turut menerima sumbangan petugas barisan hadapan termasuk anggota keselamatan dan Jabatan Kesihatan.

Sempena kunjungan itu anggota Exco diberi taklimat situasi semasa berkaitan TEMCO di Ambangan Height yang melibatkan tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melor.

Taklimat disampaikan pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan Pegawai Kesihatan daerah bertempat di Balai Polis Komuniti Amanjaya.

Sebelum itu Adun Tanjung Dawai menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang terlantar sakit di Kampung Belat.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media semalam memberitahu keadaan wabak Covid-19 di Kedah agak membimbangkan memandangkan berlaku pertambahan kes baharu. – HARAKAHDAILY 10/9/2020

- Advertisement -