Pelajar cemerlang SPM 2019 diberi insentif

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajar Malaysia (STPM) akan diberi insentif oleh kerajaan Negeri Kelantan.

Pelajar cemerlang terbabit disyaratkan mendapat 9A ke atas (SPM), mumtaz (STAM) dan 4P A (STPM).

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pelajar berkenaan akan diberi insentif khas daripada kerajaan negeri.

Katanya, permohonan sumbangan sagu hati itu dibuka mulai 13 hingga 30 September ini.

“Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Islam Kelantan (Yik) atau boleh memuat turun di laman sesawang Yik https://www.yik.edu.my.

“Borang permohonan perlu dikepilkan bersama slip asal keputusan, salinan keputusan peperiksaan yang disahkan dan salinan kad pengenalan,” katanya di sini.

Maklumat lanjut boleh hubungi 09 712 6315 sambungan 139. Borang yang lengkap diisi perlu dihantar ke Pejabat Yik di Nilam Puri, Kota Bharu.

Menurutnya juga hanya anak Kelantan sahaja yang layak menerima Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan tersebut.

Anugerah pelajar cemerlang terbabit diadakan setiap tahun. Sebelum ini pelajar cemerlang akan menerima insentif sebanyak RM500. – HARAKAHDAILY 10/9/2020

- Advertisement -