PAS Hulu Kelang rai petugas kesihatan

- Advertisement -

GOMBAK: PAS DUN Hulu Klang bersama beberapa NGO telah meraikan para petugas kesihatan barisan hadapan di Klinik Kesihatan Hulu Klang, Kampung Pasir dan Klinik Kesihatan AU2, di sini semalam.

- Advertisement -

Klinik Kesihatan AU2 yang mempunyai 85 staf diwakili oleh Anuar Sulaiman, manakala Klinik Kesihatan Hulu Kelang dengan kekuatan 39 staf diwakili Dr Asma’ Hatta.

Pihak PAS Hulu Klang menyampaikan sumbangan berupa sijil penghargaan, nasi beriyani, air mineral, pemanis mulut ‘cream puff’, buah-buahan dan ‘hand sanitizer’.

Jentera PAS diketuai oleh Penyelaras DUN Hulu Klang, Ustaz Kamalul Hysham Suhut  dan Pengarah Jentera Pilihan Raya DUN Hulu Kelang, Azlan Maddin.

Wakil-wakil NGO yang hadir adalah daripada Persatuan Hulu Kelang Prihatin (PHKP), HIGOM dan Green Media menjadikan suasana penuh muhibah sebagai solidariti kepada petugas ‘frontliners’.

Menurut Azlan sumbangan berterusan kepada para ‘frontliners’ ini akan menjadi aktiviti rutin sebagai tanda penghargaan dan mengharapkan agar para petugas kesihatan kita terus kekal motivasi dan fokus untuk membendung wabak pandemik COVID-19. – HARAKAHDAILY 10/9/2020

- Advertisement -