Lokasi perwakilan muktamar Kedah dipindah

Gambar hiasan
- Advertisement -

ALOR SETAR: Lokasi pusat perwakilan Kedah bagi mengikuti Muktamar PAS Pusat kali ke-66 diubah ke Dewan Serbaguna, Guar Chempedak ekoran lokasi asal terlibat dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

PKPD membabitkan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut yang akan bermula jam 12 tengah malam 11 September ini.

- Advertisement -

Setiausaha PAS Kedah Ustaz Musoddak Ahmad berkata, perubahan itu berikutan lokasi asal terbabit dengan PKPD ekoran penularan wabak Covid-19.

“Kita meneruskan agenda yang telah disusun cuma ubah tempat sahaja,” katanya di sini petang tadi.

Menurutnya juga perwakilan dari tiga kawasan iaitu Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena dikecualikan mengikuti muktamar tersebut yang dijadualkan diadakan Ahad ini.

“Semua yang terlibat dikehendaki mematuhi SOP ditetapkan dan mereka yang bergejala seperti demam tidak dibenarkan hadir.

“Pemerhati dan keluarga juga tidak dibenarkan hadir,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/9/2020

- Advertisement -