Kerajaan Terengganu salur geran MPKK

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan menyalur geran kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata sebanyak 1,047 MPKK akan memperolehi peruntukan tersebut.

- Advertisement -

Katanya setiap MPKK akan menerima geran sebanyak RM4,000 sebagai bantuan jangka pendek bagi tahun ini.

“Kerajaan negeri bersetuju menyalurkan bantuan geran terbabit yang berjumlah RM4.188 juta. Ia diberikan secara one-off.

“InsyaAllah saya akan pastikan tiada MPKK yang tercicir daripada mendapat geran tersebut,” katanya di sini.

Azman juga berkata, geran itu sebagai usaha merangsang perancangan dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan di peringkat kampung ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang.

Menurutnya juga kerajaan negeri komited mempastikan pengurusan MPKK di Terengganu berada pada tahap terbaik bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 10/9/2020

- Advertisement -