KASA fokus agenda mantapkan khidmat seluruh negara

Foto Facebook Kementerian Alam Sekitar dan Air
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) hanya fokus kepada agenda pemulihan, pengukuhan dan pemantapan perkhidmatan di seluruh negara, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, desakan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ke atasnya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri KASA berhubung gangguan bekalan air baru-baru ini di Selangor adalah tidak berasas.

- Advertisement -

“Tanggungjawab kami (Kementerian Alam Sekitar dan Air) adalah membuat pemantauan terhadap pencemaran alam sekitar tetapi kilang-kilang industri adalah di bawah kerajaan negeri dan majlis daerah masing-masing,” jelasnya ketika dihubungi HarakahDaily hari ini.

Sementara itu, pihaknya berharap agar kerajaan negeri dapat bekerjasama untuk memantau tempat-tempat tersebut agar isu ini tidak berulang di masa hadapan.

Jelasnya, sebagai sebuah kerajaan, tugasnya adalah untuk membantu kesejahteraan rakyat dan tidak akan bermain dengan sebarang sentimen politik. – HARAKAHDAILY 10/9/2020

- Advertisement -