Fokus selesai isu, bukan main politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan bermain dengan sentimen politik dalam isu gangguan bekalan air di Selangor baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya akan memberikan fokus penyelesaian dan pengurusan kepada isu itu daripada menyalahkan mana-mana pihak berkaitan.

- Advertisement -

“Daripada kita nak mainkan persepsi yang mengatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor tidak mengendahkan titah Sultan dan sebagainya, sebaiknya kita fokus kepada pengurusan sekarang, bagaimana untuk menyelesaikan masalah rakyat ini,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Dalam pada itu, beliau menambah kerajaan Negeri Selangor perlu memastikan kejadian sama tidak berulang lagi dan dapat dijadikan pengajaran buat kerajaan di negeri yang lain.

“Apa jua kerajaan Selangor perlu buat bagi memastikan perkara ini tidak akan berulang bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan cemerlang dari sudut pengurusan air,” kata Khairil Nizam. – HARAKAHDAILY 10/9/2020

- Advertisement -