PSU selamatkan 2.7 juta pekerja

- Advertisement -

SAYA menyatakan sokongan terhadap langkah pantas kerajaan dalam mengenakan tindakan kepada 215 majikan yang telah disenarai hitamkan dan digantung daripada menerima bantuan Program Subsidi Upah (PSU) bagi bulan-bulan yang akan datang.

Program Subsidi Upah yang  merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat  terjejas akibat COVID-19 telah berjaya menyelamatkan sebanyak 2.7 juta pekerja sejak ia mula dilaksanakan dan menelan belanja kerajaan sebanyak RM13.8 bilion setakat 28 Ogos 2020. 

Namun begitu, usaha baik kerajaan ini telah disalahgunakan oleh segelintir majikan, yang mengambil bantuan ini, tetapi pada yang sama, masih membuang pekerja mereka. Sehingga Ogos 2020, sebanyak 215 aduan yang melibatkan salah guna majikan telah diterima oleh pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM). 

- Advertisement -

Berkenaan dengan cadangan saya, jika masih terdapat syarikat yang terjejas, kerajaan disaran agar melaksanakan Program Subsidi Upah Bersasar selepas PSU berakhir pada Disember 2020, Kerajaan pada ketika ini optimis dan yakin bahawa ekonomi Malaysia dijangka memulih menjelang Januari 2021 berdasarkan kadar pengangguran yang menurun pada Julai dengan kadar 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada bulan Mei 2020

Sekian, terima kasih. 

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD 
 Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 9/9/2020

- Advertisement -