Pengayuh beca duta kecil tarik pelancong

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pengayuh beca di sekitar bandar Kuala Terengganu dianggap sebagai duta kecil yang mampu membantu industri pelancongan di negeri tersebut.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, beca boleh menjadi sumber pendapatan kepada generasi muda.

Katanya sehingga sekarang terdapat seramai 48 pengayuh beca yang berdaftar dan 20 daripadanya masih aktif.

“Rata-rata mereka dalam usia 60-an ke atas. InsyaAllah kita akan bincang untuk menaik taraf beca ke arah lebih baik dengan mengekalkan keunikan sedia ada,” katanya selepas majlis penyerahan pakaian kepada pengayuh beca di Pasar Payang 2 semalam.

Turut hadir Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin dan wakil-wakil pengusaha hotel serta pelancongan negeri.

Ariffin juga berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur berhasrat meluaskan usaha mempromosi pelancongan Terengganu melalui pengusaha beca.

Menurutnya juga kerajaan negeri pernah merancang untuk menempatkan beca di Taman Tamadun Islam dengan mewujudkan laluan khas untuk pengunjung menaiki beca. – HARAKAHDAILY 9/9/2020

- Advertisement -