MKN tangani penularan Covid-19 di Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Berikutan situasi penularan wabak Covid-19 di Kedah agak membimbangkan sekarang kerajaan negeri akan mengetengahkan isu tersebut pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar (TEMCO) yang dilaksanakan berikutan kluster Sivagangga di Kubang Pasu ternyata memberi kesan positif.

- Advertisement -

“Kita akan kemukakan beberapa cadangan dalam perjumpaan bersama MKN petang ini untuk mencari jalan penyelesaian berikutan penularan wabak Covid-19 di Kedah agak membimbangkan.

“Ini kerana keputusan pelaksanaan TEMCO di bawah bidang kuasa kerajaan pusat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mengumumkan wujud kluster Telaga dan Sungai melibatkan kakitangan anggota kesihatan di negeri berkenaan.

Muhammad Sanusi juga berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kemungkinan kes berkenaan melibatkan ahli keluarga yang menjadi kontak rapat sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Kerajaan negeri turut menyumbang makanan kepada kakitangan kesihatan dan kontak rapat yang kini dikuarantin di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar – HARAKAHDAILY 9/9/2020

- Advertisement -