Lanjut tempoh bayaran cukai hingga Sept

Foto Warta Kedah
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri memberi peluang pemilik tanah yang belum menjelaskan cukai tanah sebelum Mei lalu boleh berbuat demikian sehingga akhir bulan ini bagi mengelakkan dikenakan denda.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif melanjutkan tempoh bayaran cukai sehingga September ini.

- Advertisement -

Katanya tawaran pengecualian denda juga hanya sehingga September sahaja.

“Jadi pemilik tanah yang belum membayar cukai tanah diharap segera berbuat demikian bagi mengelakkan dikenakan denda.

“Kerajaan negeri hanya mengecualikan denda kelewatan sehingga September 2020,” ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman hari ini.

Tambahnya, mengikut undang-undang denda akan dikenakan kepada pemilik tanah yang lewat membayar cukai seperti ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, beliau berlapang dada sekiranya ada pemain berhasrat berhijrah ke negeri lain sekiranya tidak bersetuju perubahan gaji.

Baru-baru ini terdapat ura-ura Pengurus Pasukan Bola Sepak Kedah Aidil Sharin Sahak yang dikatakan akan berhijrah ke tempat lain. – HARAKAHDAILY 9/9/2020

- Advertisement -