India-China nyaris bertempur di sempadan

NEW DELHI, India: India menafikan tenteranya melintasi Garis Kawalan Sebenar (LAC) dan melepaskan tembakan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian dengan China di rantau Himalaya.

“Dalam apa jua keadaan Tentera India tidak melampaui LAC atau menggunakan kaedah agresif, termasuk menembak,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) sebelum ini menuduh askar India secara haram menyeberangi LAC dan melepaskan tembakan amaran ke atas tentera China berhampiran tebing Selatan Tasik Pangong Tso di wilayah Ladakh pada Isnin.

Advertisement

India menyifatkan kenyataan PLA itu “satu usaha untuk mengelirukan masyarakat tempatan dan antarabangsa.”

“Misalnya, pada 7 September 2020, pasukan PLA berusaha untuk menghampiri kedudukan kami di sepanjang LAC dan apabila anggota mereka sendiri memutuskan untuk tidak melakukan.

“PLA melepaskan beberapa tembakan amaran dalam usaha menakut-nakutkan tentera sendiri,” kata kenyataan India itu, sambil menambah tenteranya “komited untuk menjaga keamanan dan ketenangan” di sepanjang sempadan. – BERNAMA