Balu mangsa kemalangan terima pencen penakat

KOTA BHARU: Balu mangsa kemalangan jalanraya di kilometer 130 Jalan Raya Timur Barat dekat Jeli menerima pencen penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pada kejadian itu pada 31 Ogos lepas suaminya Mohd Rozi Husain, 47 meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan tersebut.

Advertisement

Ketika kejadian arwah bersama isteri Nor Azila Mohamed, 35, tiga anaknya, kakak ipar, Rohaida Mohamed dan dua anaknya dalam perjalanan pulang dari Perak.

Nor Azila berkata, beliau mengetahui arwah suaminya mencarum dengan Perkeso sehingga perkara itu dimaklum anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mumtaz Md Nawi.

“Saya sebenar tidak mengetahui bahawa suami pernah membuat caruman dengan Perkeso sehingga ditanya Dato’ Mumtaz ketika lawatannya semalam.

“Dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat menyara kehidupan, pendidikan dan persekolahan tiga anak saya,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek pencen penakat di rumah keluarganya di Kampung Pendek di sini hari ini.

Penyerahan itu disampaikan Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob yang turut disaksikan Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar. – HARAKAHDAILY 9/9/2020