Turki-EU bincang isu Mediterranean Timur

- Advertisement -

ANKARA, Turki: Presiden Turki dan Ketua Majlis Eropah pada Ahad berbincang menerusi telefon berkaitan pembangunan di Mediterranean Timur dan hubungan Turki-Kesatuan Eropah (EU), lapor agensi berita Anadolu.

Recep Tayyip Erdogan memberitahu Charles Michel dari EU, kata-kata berbaur provokatif dan langkah-langkah yang diambil ahli politik Eropah terhadap isu-isu serantau tidak akan membawa kepada penyelesaian, menurut kenyataan Pengarah Komunikasi Turki itu.

Erdogan juga berkata pendirian EU terhadap Mediterranean Timur menjadi ujian terhadap keihklasannya  daripada segi undang-undang antarabangsa dan keamanan serantau.

- Advertisement -

Pemimpin Turki itu mendesak EU memenuhi tanggungjawabnya dengan adil untuk menghalang tindakan Greece dan beberapa anggota EU yang menyebabkan peningkatan ketegangan di Mediterranean Timur dan Aegean.

Erdogan juga meminta institusi EU dan negara anggota kekal “adil, tidak berat sebelah dan bertanggungjawab dalam semua isu serantau.”

Greece mempertikaikan aktiviti penerokaan tenaga yang sedang dilakukan Turki di Mediterranean Timur dan berusaha mewujudkan sekatan di wilayah maritim Turki. 

Turki – negara dengan pantai terpanjang di Mediterranean – telah menghantar kapal penggerudi untuk meneroka sumber tenaga di selat benua, dengan mengatakan Turki dan Republik Turki Cyprus Utara mempunyai hak di rantau ini.

Dialog mengenai perkongsian sumber secara adil akan menjadi kesepakatan yang memihak kepada semua pihak, kata pegawai Turki. – BERNAMA

- Advertisement -