Muslimat PAS bina hubungan bersama KEMAS

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor telah mengadakan lawatan ke Pejabat KEMAS Parlimen Tasek Gelugor, Pokok Machang, di sini semalam.

- Advertisement -

Kunjungan dipimpin oleh Ketua Muslimat PAS Tasek Gelugor, Tuan Bedah Syed Mohamad dan disertai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Tasek Gelugor.

Rombongan telah diberikan taklimat ringkas oleh Penyelia KEMAS Daerah, Rusni Awang mengenai aktiviti dan fasiliti yang terdapat di Pejabat KEMAS Tasek Gelugor.

Disamping itu, rombongan juga telah melawat ke Pusat Literasi IT, bengkel jahitan dan bengkel masakan yang terdapat di premis tersebut.

Turut Ketua Penerangan PAS Tasek Gelugor Rizal Hafiz Ruslan yang juga berkesempatan menyampaikan ucapan alu-aluan kepada warga kerja Pejabat KEMAS Tasek Gelugor.

Pihak Muslimat PAS dan Pejabat KEMAS telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama di dalam beberapa aktiviti yang akan memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Tuan Bedah berkata, kerjasama yang dirangka dengan Pejabat KEMAS akan menumpukan kepada meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat setempat seperti dalam sektor pertanian, IT dan Pendidikan.

“Kami sentiasa menyantuni masyarakat pada setiap minggu. Kerjasama dengan pihak KEMAS akan terus memantapkan kemahiran ahli-ahli kami dan seterusnya memberi keyakinan untuk terus bergerak ke dalam masyarakat,” katanya.

Sesi taklimat tersebut telah diakhiri dengan upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan dan seterusnya ahli rombongan telah diraikan dengan jamuan oleh warga KEMAS. – HARAKAHDAILY 8/9/2020

- Advertisement -