Kerjasama UAE-Israel mesti ditolak

- Advertisement -

ALOR SETAR: Perjanjian kerjasama antara Emeriah Arab Bersatu (UAE) dengan Israel dianggap melemahkan semangat juang rakyat Palestin untuk membebaskan negara berkenaan dari cengkaman Zionis.

Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata, penduduk Palestin seolah-olah ditikam dengan perjanjian itu.

- Advertisement -

“Dahulu perjuangan rakyat Palestin mendapat sokongan almarhum Sheikh Zaid, namun sekarang sudah tidak lagi,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di sini, semalam.

UAE merupakan negara Teluk pertama yang menormalisasikan hubungan dengan Israel baru-baru ini.

Walid berkata, perjanjian normalisasi UAE dengan Israel mesti ditolak di kurun ini kerana ia memberi ruang kepada regim tersebut bebas mengambil tanah rakyat Palestin.

“Itulah sebenarnya matlamat Israel yang diketuai Benjamin Netanyahu, mengambil tanah hak milik rakyat Palestin dan seterusnya membina negara Israel lebih besar dan kuat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/9/2020

- Advertisement -