Kajian Ilham Centre sekadar pecah PAS-Umno

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kajian yang dilakukan Ilham Centre dianggap sebagai tiada fakta memandangkan penyelidikan itu dipercayai dikendalikan aktivis Parti Amanah Negara (PAN).

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kajian terbabit hanya sekadar mahu melihat perpecahan yang sedia terjalin antara Umno dan PAS sekarang.

- Advertisement -

“Saya kenal siapa di belakang Ilham Centre. Kebanyakan mereka aktivis PAN, sebelum ini dikendalikan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma),” ujar beliau di sini.

Ilham Centre dalam kajian mereka baru-baru ini mendakwa penyatuan Melayu dan ummah sebagai retorik akan teruji ketika Muafakat Nasional berunding mengenai agihan kerusi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-15.

Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, kajian yang dibuat Ilham Centre sebagai membawa kesimpulan penyatuan Melayu antara Umno dan PAS tidak mampu bertahan lama. – HARAKAHDAILY 8/9/2020

- Advertisement -