Ziarah jengah DUN Bebar dan DUN Peramu Jaya

- Advertisement -

PEKAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pekan meneruskan lagi Siri Ziarah MOSWAY di sekitar DUN Bebar dan DUN Peramu Jaya, di sini semalam.

- Advertisement -

Program menyantuni golongan miskin, orang kelainan upaya (OKU), sakit, warga emas, armalah dan anak yatim atau ringkasnya MOSWAY ini memberi gambaran jelas imej PAS sebagai sebuah parti berkebajikan.

Dalam program kali ini, tiga keluarga telah diziarahi oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Siti Hawa Mohamed bersama Ketua Penerangan, Ustazah Rahidaton Nordin dan Timbalan Ketua Ameerah, Maliah Jamaludin.

Menurut Ustazah Rahidaton, melalui sumbangan yang dihulurkan dapat membantu golongan asnaf, merapatkan ukhwah dan dalam masa yang sama berdakwah dengan saling mengingati akan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T.

Turut ditemui keluarga dua pasangan iaitu Abdul Rahmat Abd Hamid dengan Hartini Mahmud dan Sabri Mohamad dengan Jarina Yusof mempunyai anak yang ramai iaitu masing-masing 10 dan sembilan anak, di mana sebahagiannya masih bersekolah.

Dengan memiliki keluarga besar ditambah ketua keluarga tiada pendapatan tetap kerana bekerja sendiri telah melayakkan mereka menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Pusat Zakat.

Turut diberi perhatian delegasi Muslimat PAS Pekan ialah Sarahida Muhammad, ibu tunggal kepada lima anak, dua daripadanya orang kelainan upaya(OKU) pula tidak bekerja

Seiring slogan Malaysia Prihatin, Siti Hawa mengajak masyarakat bersama membantu meringankan beban golongan ini dengan menjadi penyumbang tetap atau berkala ke akaun Maybank 556235304965 atas nama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pekan. – HARAKAHDAILY 7/9/2020

- Advertisement -