Sampai bila umat Islam mesti berpecah?

- Advertisement -

AMERIKA Syarikat melatih dan membekalkan senjata kepada Mujahidin Afghanistan untuk berperang dengan Soviet Union dari 1979-1989 tetapi kemudian menyerang Afghanistan pasca 9/11.

Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Saddam Hussein untuk Iraq berperang dengan Iran pasca Revolusi Islam di Iran tetapi kemudian menyerang Iraq dan membunuh Saddam Hussein pasca 9/11.

Itu kisah Amerika Syarikat yang licik menggunakan pihak lain untuk kepentingan mereka. Majoriti Negara Islam yang pernah disokong dan menyokong Amerika Syarikat telah hancur setelah diserang oleh Amerika Syarikat yang pernah menyokong mereka.

- Advertisement -

Di Malaysia pula, ada satu parti politik yang pernah bekerjasama dengan parti politik majoriti Melayu dan beragama Islam iaitu PAS, PKR dan BERSATU tetapi semua parti politik itu berpecah. PAS berpecah dua lalu wujudnya PAN.

BERSATU berpecah dua lalu wujudnya kem Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir. PKR juga berpecah dua dan wujudnya kem Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Seri Azmin.

Parti majoriti Melayu dan beragama Islam semuanya pecah dua tetapi parti tersebut tetap dan masih kekal satu namun kerusi mereka makin banyak di Parlimen

Mereka yang lebih cerdik dan licik atau parti majoriti Melayu dan beragama Islam yang tamak dan kurang cerdik? Muslim berpecah tetapi mereka bersatu. Lupakah firman Allah S.W.T;

“Berpegang teguhlah kepada tali Allah dan jangan berpecah.”

(‘ali-Imran: 103)

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 7/9/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -