PAS dimusuhi kerana bawa Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PAS tetap teguh berdiri membawa perjuangan Islam sejak sekian lama walau pelbagai tohmahan dan fitnah telah dilemparkan.

“PAS berjuang dalam tempoh yang panjang sejak dari (tahun) 1951 sehingga sekarang, kita dihina, kita dikeji, kita dihamun, dikata macam-macam semata-mata kerana kita membawa Islam,” katanya dalam video berdurasi 2 minit yang disiarkan dalam akaun Facebook miliknya semalam.

- Advertisement -

Justeru itu beliau berkata, oleh kerana PAS membawa perjuangan Islam, parti DAP dan parti seangkatan dengannya sering memusuhi PAS.

Namun katanya, jika PAS tidak membawa perjuangan Islam seperti mana yang diperjuangkan hingga ke hari ini, PAS pasti tidak akan dimusuhi.

Dalam pada itu beliau turut memetik cerita dari sirah perjuangan para sahabat yang mana Rasulullah s.a.w dan para sahabat ketika itu telah berhijrah meninggalkan Kota Mekkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah.

Golongan tersebut telah diizinkan oleh Allah untuk berperang dan mereka diperangi oleh kaum Quraisy.

“Allah sebut, jika tidak kerana Allah yang menolak hati seorang manusia untuk menentang manusia lain, dengan maksud membangkitkan rasa untuk berjuang di hati orang-orang yang berjuang dengan Allah, untuk menentang orang-orang yang menyeru ke arah kebatilan.

“Jika tidak kerana hal seumpama ini, sudah lama tempat ibadah seperti mana tempat ibadah Yahudi, Nasrani termasuk masjid-masjid orang Islam akan dirobohkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/9/2020

- Advertisement -