Muhyiddin Yassin antara pemimpin terbaik

- Advertisement -

KOTA BHARU : Tidak timbul masalah pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP) di Kelantan kata Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata pelantikan ahlinya sudah selesai kerana mengekalkan ahli yang dilantik awal tahun ini dan dipersetujui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

- Advertisement -

“Kita tiada masalah dan sudah selesai kerana kita kekalkan yang kita lantik awal tahun ini dan kementerian pun sudah setuju dengan pelantikan kita buat.

“Kerajaan pusat juga setuju ubah nama kepada JPKK, tetapi ada negeri-negeri bermasalah hendak buat pelantikan ahli JPKKi,” katanya.

Dalam pada itu ketika mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin mengenai tiada calon yang layak ganti Perdana Menteri dari pimpinan PAS dan Umno.

Mohd Amar berkata, kenyataan tersebut merupakan pandangan peribadi Ahli Parlimen Rembau itu yang mengulas mengenai calon Perdana Menteri dari Umno pada pilihan raya umum akan datang.

“Setakat ini pada pandangan kita yang terbaik untuk jawatan tersebut ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pengalaman, kedudukannya masa sekarang.

“Jadi kenapa kita perlu cari ganti sebab orang yang masih ada itu pun mampu dan sihat, hendak ganti ini orang itu uzur, sakit dan umur 95 tahun,” katanya.

Mengenai bancian oleh Merdeka Center pula beliau mengakui kebenaran kajian tersebut, malah tinjauan yang sama turut dilakukan badan lain mendapat situasi serupa.

Pada 2 September lalu, tinjauan tersebut mendapati kadar penerimaan terhadap kepimpinan Muhyiddin berada pada tahap 69 peratus berbanding Muafakat Nasional.

“Ia memang betul, kita pun buat tinjauan pun lebih kurang macam itu juga, penerimaan masyarakat antara PN dan Muafakat Nasional, lebih tinggi Perikatan.

“PAS dan Umno kini menyokong Perikatan Nasional, tidak ada masalah apa, kita bersama-sama menyokong Perikatan sehingga pilihan raya akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/9/2020

- Advertisement -