Bubur asyura, lambuk eratkan PAS-Umno Gombak

- Advertisement -

GOMBAK: Program Gotong-royong Memasak Bubur Asyura dan Bubur Lambuk serta edaran anjuran Muafakat Nasional Gombak telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, di sini semalam.

- Advertisement -

Program sempena Hari Asyura bertujuan mempererat semangat kerjasama dan ukhuwah sesama ahli PAS Gombak dan Umno Gombak ini telah berjaya menghasilkan enam kawah hidangan berkenaan.

Program ini dihadiri Yang DiPertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Saleh Huddin Nasir dan Ketua Umno Bahagian Gombak, Dato’ Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din bersama jentera masing-masing bagi menjayakan program tersebut.

Dalam ucapan perasmian program tersebut, kedua-dua pemimpin PAS dan Umno Gombak ini menekankan kepentingan untuk terus menjaga dan menguatkan Muafakat Nasional di Gombak.

Usai majlis, bubur asyura dan bubur lambuk yang telah siap diagihkan ke tiga DUN di dalam Parlimen Gombak iaitu Gombak Setia, Hulu Kelang dan Sungai Tua untuk seterusnya diedar kepada penduduk. – HARAKAHDAILY 7/9/2020

- Advertisement -