5,000 ahli NGO pilih Bersatu

- Advertisement -

ALOR SETAR: Lebih dari 5,000 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penggerak Komuniti Negara (PKN) dijangka menyertai Bersatu dalam tempoh terdekat.

Adun Lunas, Azman Nasrudin berkata, langkah itu sebagai menzahirkan sokongan penuh kepada Perikatan Nasional (PN) yang ditubuh sejak awal Mac lalu.

- Advertisement -

Katanya tindakan tersebut sebagai langkah susulan selepas 25 pemimpin PKN bahagian menyerah borang keahlian Bersatu sempena majlis makan malam yang diadakan di sini Sabtu lalu.

“Pemimpin berkenaan adalah ketua-ketua PKN setiap bahagian di Kedah dan selepas ini disusuli ahli-ahli lain yang dijangka lebih 5,000 orang akan menyertai Bersatu,” katanya di sini.

Majlis makan malam itu dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Pada 12 Mei lepas Azman dan Adun Sidam Dr Robert Ling Kui Ee mengisytihar keluar PKR dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – HARAKAHDAILY 7/9/2020

- Advertisement -