Demo gesa penternak babi diambil tindakan

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor telah mengadakan himpunan aman bantahan pembuangan najis babi ke Sungai Kreh bertempat di pekarangan Masjid Lahar Yooi selepas solat Jumaat, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Bantahan ini bertujuan mendesak pihak berwajib mengambil tindakan kepada penternak-penternak babi yang tidak bertanggungjawab melepaskan najis babi secara terus ke dalam Sungai kKreh mengakibatkan pencemaran serius berlaku sepanjang 40 tahun.

Antaran pimpinan yang hadir ialah Yang di Pertua PAS Tasek Gelugor, Mohd Sobri Salleh dan Ketua Pemuda PAS Tasek Gelugor, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim serta Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang, Saiful Lizan Md Yusoff.

Ustaz Razib dengan lantangnya mendesak supaya derita penduduk Melayu-Islam di kawasan ini dapat diselesaikan dengan segera yang disokong menerusi ucapan wakil beberapa NGO dan penduduk kampung seterusnya diakhiri oleh ucapan Mohd Sobri.

Ustaz Razib juga menegaskan selepas ini jika tiada tindakan daripada kerajaan negeri terhadap isu babi ini, maka langkah seterusnya akan diambil hingga ke peringkat mahkamah atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – HARAKAHDAILY 6/9/2020

- Advertisement -