Yadim struktur pentadbiran peringkat negeri

- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA : Kerajaan akan menstrukturkan semula Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) khususnya melibatkan pentadbiran di peringkat negeri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia tidak melibatkan perubahan pada skala besar.

- Advertisement -

“Tidak banyak perubahan sebab kebanyakan pengerusi-pengerusi di negeri merupakan lantikan tetap kecuali ada satu dua lantikan kontrak.

“Kita masih lagi menyusun untuk menyelaras di peringkat negeri dan proses ini masih berjalan sehingga nanti ada pengumuman nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan pelajar masuk universiti sempena Program Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera di sini hari ini.

Sebelum ini Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Yadim selepas hampir dua tahun memegang jawatan tersebut.

Pada 14 Disember 2018, Yadim mengumumkan pelantikan Nik Omar menggantikan Dr Yusri Mohamad yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Oktober tahun itu. – HARAKAHDAILY 5/9/2020

- Advertisement -