Ilmu fiqh dakwah

- Advertisement -

ILMU yang penting tapi kurang diambil perhatian. Akibatnya banyak pertembungan tidak perlu berlaku di kalangan aktivis dakwah. Akhir-akhir ini timbul isu kandungan dakwah yang dilihat tidak sesuai.

Sebenarnya isu ini sudah lama dibahaskan ulamak dalam bab wasail dakwah iaitu cara atau alat dalam menyampaikan dakwah.

Secara umumnya cara atau alat menyampaikan dakwah mestilah diukur dengan syarak. Dan ulamak membahagikan cara atau wasilah dakwah kepada:

- Advertisement -

(1) Yang bertepatan dengan syarak. Ini tiada isu.

(2) Yang khilaf di kalangan ulamak.

(3) Yang bercampur halal dengan haram.

Jadi perlu dilihat adakah cara atau alat dakwah itu bercanggah dengan syarak atau tidak.

Ada cara yang khilaf di kalangan ulamak maka perkara seperti ini hendaklah diraikan dan mestilah dikaji dari semasa ke semasa adakah cara itu kesudahannya menyampaikan mesej asal dakwah atau tidak. Dan mestilah isi kandungan dakwah sepadan dengan alat yang digunakan.

Yang seterusnya ialah cara atau alat dakwah yang bercampur halal dengan haram. Perkara ini secara asasnya adalah tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan darurat seperti berdakwah di kelab malam, rancangan tv yang melibatkan pergaulan bebas atau tidak menutup aurat.

Perkara ini dibenarkan dalam keadaan darurat beserta syarat-syarat ketat seperti:

(1) Dilakukan secara berjamaah.

(2) Jangan menyertainya pada sudut atau bahagian yang haram.

(3) Mestilah suara dakwah melebihi dari mesej haram dalam program.

(4) Mestilah berusaha memperbaiki program seperti itu ke arah lebih baik dari semasa ke semasa

(5) Mestilah dilakukan pada masa dan keadaan yang sesuai

Walau bagaimanapun adalah sepakat ulamak mengatakan haram jika wasilah dakwah itu menggunakan syiar atau slogan kekufuran seperti semua agama adalah setaraf atau memakai syiar agama lain dan seumpamanya.

MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 4/9/2020

- Advertisement -