UMMAH sokong 10 hala tuju PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong penuh 10 asas penting hala tuju kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan perlaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) yang digariskan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata ia bagi melaksanakan agenda kerajaan yang prihatin dan juga menjadi paksi dasar menggerakkan ekonomi negara dengan lebih berdaya saing.

- Advertisement -

Menurut beliau, keprihatinan dan kesejahteraan rakyat merupakan agenda asas penting bagi membangunkan negara melalui sektor ekonomi, pendidikan serta sosial.

Katanya, UMMAH yakin rakyat telah menilai dengan objektif pencapaian kerajaan PN selama enam bulan walaupun dilabel sebagai kerajaan tebuk atap dan kerajaan tanpa manifesto.

“Hakikatnya kerajaan PN telah menunjuk kebertanggungjawaban yang tinggi kepada rakyat apabila dapat menguruskan negara dengan baik bagi berdepan musibah besar dunia pandemik Covid-19.

“Hasilnya rakyat terbela dengan program ekonomi prihatin rakyat yang dilancarkan oleh PM dan kerajaan PN,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, kata beliau, UMMAH juga menyokong penuh saranan PM agar kelab malam dan pusat perjudian sosial dapat dihentikan atau terus ditutup buat selamanya kerana ia memberikan kesan buruk kepada sosial serta kesihatan rakyat di negara ini. – HARAKAHDAILY 3/9/2020

- Advertisement -