Tahfiz Sains Teknikal mampu bangun modal insan


ALOR SETAR: Usaha kerajaan negeri mewujudkan Maahad Tahfiz Sains Teknikal dianggap mampu membangunkan modal insan yang seimbang antara keperluan duniawi dan ukhrawi.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, maahad yang menggabungkan tahfiz al-Quran, sains dan teknikal membuktikan kerajaan negeri serius memperkasakan bidang pendidikan.

Advertisement

“Cetusan idea berkenaan dilihat dapat memperkaya dan menyemarakkan lagi institusi pendidikan Islam di Kedah,” ujar beliau di sini.

Baru-baru ini ketika sambutan ‘100 Hari Pentadbiran Kedah Sejahtera’ Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Noor mengumumkan kerajaan negeri akan mewujudkan Maahad Tahfiz Sains Teknikal.

Dr Ahmad Fakhruddin juga berkata, Kedah sejak dahulu lagi terkenal dengan pendidikan Islam yang bermula dengan institusi pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). – HARAKAHDAILY 3/9/2020