Sekolah vernakular: Jangan lebarkan perkauman

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu sekolah vernakular yang menjadi perbahasan sejak kebelakangan ini, wajar ditangani secara harmoni dan berkesan.

- Advertisement -

Agenda perpaduan kaum mesti diangkat menjadi teras utama dalam menjamin kehidupan masyarakat majmuk dalam negara ini. Pemerkasaan dalam memahami budaya dan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu wajib diperkasakan.

Kegagalan sekolah vernakular dalam memupuk perpaduan nasional telah lama dilihat dan disuarakan oleh tokoh akademik dan perpaduan. Contohnya pendirian Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong bahawa sistem sekolah vernakular yang digunakan selama ini menghalang pembentukan identiti nasional anak bangsa.

Oleh itu, PAS berpendirian sistem ini mesti diperbaiki. Sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengkaji semula sukatan atau silibus serta pembawakan sekolah-sekolah di bawah kelolaan kementerian supaya dapat diselaraskan sebaik mungkin, terutamanya dalam isu penggunaan bahasa rasmi negara.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia – HARAKAHDAILY 3/9/2020

- Advertisement -