Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Rundingan kerusi antara kompenan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) sekarang hampir 50 peratus selesai.

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, proses perundingan kerusi pilihan raya hanya sedikit lagi perkara yang perlu dirundingkan.

- Advertisement -

“Kita sedang berunding dengan parti-parti yang membentuk Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional untuk penentuan kerusi.

“Prosesnya masih berjalan. Saya rasa hampir 50 peratus dah, ada sedikit lagi perkara yang perlu dirundingkan. Sebelum pilihan raya insya Allah selesai,” ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Kampung Budaya Terengganu di Kompleks Muzium Negeri Kampung Losong, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman dan pegawai kanan kerajaan.

“Pembahagian kerusi bermakna kita (PAS) kena berbincang dengan rakan-rakan yang lain, daripada Bersatu dan Umno. Bagi PAS kita sudah ada sasaran sendiri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/9/2020

- Advertisement -