Melaka anjur Hari Belia Negara

- Advertisement -

AYER KEROH: Kerajaan Melaka akan menganjurkan sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri sebagai menghargai golongan belia dan beliawanis.

Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Dato’ Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, disasar seramai 3,000 anak muda akan memeriahkan sambutan itu pada akhir Oktober depan.

- Advertisement -

Katanya sambutan tersebut akan diadakan di kawasan Parlimen Masjid Tanah dan Tangga Batu.

“Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk Pelan Penjana, sukan elektronik, berbasikal, acara konvoi motosikal dan pelbagai lagi.

“Program yang diadakan mencakupi bidang ekonomi, pendidikan, kebajikan dan perumahan belia,” katanya selepas Mesyuarat Post Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri di Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Noorman Ramlan.

Mohd Rafiq juga berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) untuk mewujudkan karnival kerjaya bagi menyediakan peluang ekonomi kepada golongan belia.

“Diharap program tersebut dapat memenuhi aspirasi belia Melaka,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/9/2020

- Advertisement -