KPLB minat dengan klinik bergerak MCM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyatakan keterujaan dengan konsep klinik bergerak yang disediakan Muslim Care Malaysia Society (MCM) yang lebih mesra pelanggan.

Menurut Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Society , Mohd Johari Ismail, penghargaan itu disampaikan Menteri KPLB, Dato’ Seri Dr Abdul Latif Ahmad semasa hari bertemu pelanggan KPLB di Putrajaya, semalam.

- Advertisement -

Kata Mohd Johari, MCM mengambil kesempatan bertemu Menteri KPLB, Dato’ Dr Abdul Latiff Ahmad di Putrajaya untuk memperkenalkan MCM, program MCM dan projek yang dilaksanakan serta ‘Mobile Clinic@Klinik Bergerak’ untuk program-program kerjasama.

Katanya lagi turut dibincangkan berkenaan projek Home2live di bawah MCM yang banyak membantu pihak memerlukan membina rumah.

Dalam pertemuan itu, menteri turut menyarankan agar diadakan kerjasama dalam usaha menggerakkan “Klinik Bergerak” dan difokuskan kepada golongan B40 di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

“Menteri sangat berminat untuk projek klinik bergerak dan berharap ianya dapat menarik penyertaan para dalam kalangan doktor muda,” kata Mohd Johari kepada HarakahDaily, hari ini.

Di akhir pertemuan itu kata Mohd Johari, menteri sangat menghargai kesudian MCM untuk bertemu dan sangat berharap agar kerjasama sebagaimana yang telah dibincangkan dapat direalisasikan secepat mungkin.

Sebarang sumbangan derma bagi membantu pelbagai misi kebajikan MCM boleh disumbangkan melalui akaun Maybank Muslim Care Malaysia Society 564490413882. – HARAKAHDAILY 3/8/9/2020

- Advertisement -