19 rumah di Desa Subang Perantau dirobohkan

- Advertisement -

SHAH ALAM: Lagi kawasan penempatan melibatkan 19 buah rumah penduduk Desa Subang Perantau dirobohkan.

Kerja-kerja perobohan dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak jam 7 pagi tadi menggunakan dua buah jentera.

- Advertisement -

Bersama kekuatan dua jentolak dan hampir 100 pegawai penguatkuasa, PBT memulakan operasi tersebut disaksikan penduduk sekitar.

Hanya rintihan air mata mampu diungkapkan apabila rumah yang didiami puluhan tahun dimusnahkan menyembah bumi.

Suasana semasa kerja-kerja perobohan diselubungi perasaan emosi marah, hiba dan sedih.

Difahamkan, penduduk hanya mendapat pampasan RM5,000 sehingga RM15,000 untuk pindah keluar daripada kediaman mereka.

Mereka diarahkan mengosongkan rumah disebabkan mendirikan rumah di atas tanah rezab Sungai Pelempas di Desa Subang Perantau.

Ketika ini, penduduk sedang mengadakan sidang media di Pusat Sumber dan Komuniti, Desa Subang Perantau 2.

Berita lanjut menyusul. – HARAKAHDAILY 3/9/2020

- Advertisement -