PJ Kedah angkat sumpah Senator

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ustaz Ahmad Yahaya antara empat individu yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara, hari ini.

Turut sama mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara baharu, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim adalah Mohamad Apandi Mohamad; Dato’ Seri S Vell Paari dan Dato’ Wira Othman Aziz.

Advertisement

Ahmad adalah lantikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bersama Dato’ Wira Othman Aziz sementara Mohamad Apandi lantikan Dun Kelantan dan Vell Paari pula adalah lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Hari ini juga berlangsung pengundian pemilihan Yang di-Pertua Dewan Negara sekali gus menyaksikan pemasyuran Rais sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara baharu mengantikan Tan Sri SA Vigneswaran yang bersara pada 22 Jun lalu.

Rais memperolehi 45 undian menewaskan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mendapat 19 undian daripada jumlah keseluruhan Ahli Dewan Negara seramai 64 orang manakala seorang tidak hadir.- HARAKAHDAILY 2/9/2020