PAS Miri sambut Hari Kebangsaan bersama warga

HARI Kemerdekaan juga dikenali sebagai ‘Hari Kebangsaan’, juga disambut oleh PAS Miri bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Miri di sekitar E-mart Tudan, Senadin, Miri pada 31 Ogos baru-baru ini.

Program ‘Hayati Kemerdekaan’ dengan tema ‘Malaysia Prihatin’ berjalan lancar. Penduduk Miri tanpa mengira bangsa dan agama telah meraikan bersama-sama sempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Sasaran diberikan kepada semua penduduk Miri yang mengunjungi E-mart Tudan pada hari itu. PAS Miri telah mengedarkan bendera, pelitup muka, dan juga risalah Hari Kemerdekaan.

Advertisement

Setiap sambutan Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia dari pelbagai etnik akan meraikan bersama tarikh yang telah dicatatkan sebagai Hari Kemerdekaan Negara.

Alhamdulillah, hari ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri telah menjalankan sebuah program Hayati Kemerdekaan di E-mart Tudan. Sasaran diberikan kepada semua warga Miri yang berkunjung ke E-mart Tudan pada hari ini. 

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak dan juga ahli PAS Miri. PAS Miri juga mengedarkan bendera, pelitup muka, dan juga risalah kemerdekaan. Lebih dari 300 helai pelitup muka, bendera, dan juga risalah diberikan kepada pengunjung di E-mart.

Antara perkara yang disentuh dalam risalah tersebut adalah:

 “Pemikiran kita juga harus berubah, tidak hanya bergantung pada sistem penjajahan, gaya hidup budaya penjajah tanpa identiti untuk membebaskan diri kita dari pengaruh ideologi penjajah.”

Semoga dengan program ini, kita dapat mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum dan agama di negara ini. Semoga rakyat Malaysia dapat menghayati erti kemerdekaan sejati dalam diri dan kehidupan kita, insya-Allah.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak 

English version

PAS Miri Celebrates National Day with Miri citizens

Independence Day is also known as ‘National Day’, also celebrated by PAS Miri together with PAS Miri Youth around E-mart Tudan, Senadin, Miri on 31 August recently.

The ‘Hayati Kemerdekaan’ program with the theme ‘Malaysia Prihatin’ went smoothly. The people of Miri regardless of race and religion have celebrated together in conjunction with the National Independence Day celebrations.

Targets were given to all Miri residents who visited Emart Tudan that day. PAS Miri has distributed flags, face masks, and even Independence Day leaflets. Every Independence Day celebration, Malaysians of various ethnicities will celebrate the date together that has been recorded as National Independence Day.

Also, present at the program was the PAS Sarawak Commissioner and also a member of PAS Miri. PAS Miri also distributed flags, face masks, and even independence leaflets. More than 300 sheets of face masks, flags, and even leaflets were given to visitors at E-mart.

Among the things touched on in the pamphlet:

 “Must our thinking be also changed, not just rely on the colonial system, the lifestyle of the colonial culture without identity to free ourselves from the influence of colonial ideology.”

Hopefully, with this program, we can strengthen the relationship unity between races and religions in this country. Hopefully, Malaysians can appreciate the meaning of true independence in ourselves and our lives, God willing.

Yours faithfully,

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 2/9/2020