Kecam majalah terbit kartun hina Nabi

ISLAMABAD, Pakistan: Pakistan pada Selasa mengutuk keputusan sebuah majalah Perancis untuk menerbitkan semula kartun menghina Nabi Muhammad, lapor agensi berita Anadolu.

“Pakistan mengecam sekeras-kerasnya keputusan oleh majalah Perancis tersebut, Charlie Hebdo, untuk menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad (S.A.W) yang sangat menyinggung perasaan,” ciap Kementerian Luar dalam Twitter.

Advertisement

“Tindakan yang disengajakan untuk menyinggung sentimen berbilion-bilion umat Islam tidak boleh dibenarkan sebagai amalan kebebasan akhbar atau kebebasan bersuara. Tindakan sedemikian melemahkan aspirasi global untuk mewujudkan kedamaian serta keharmonian sosial antara agama,” kata kementerian itu.

Majalah mingguan itu mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan kartun Nabi Muhammad pada 2006, 2011 dan 2012. – BERNAMA