Exco saran hotel turun caj perkhidmatan

- Advertisement -

BANDA HILIR: Kerajaan Melaka menyarankan industri perhotelan di negeri itu menurunkan kadar caj perkhidmatan bagi menarik lebih ramai pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Dato’ Muhammad Jailani Khamis berkata, pemilik hotel wajar menurunkan harga caj perkhidmatan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang.

- Advertisement -

Katanya pelancongan domestik baharu dibuka bagi memberi peluang syarikat perhotelan menarik lebih ramai pelancong.

“Saya harap dengan peningkatan jumlah pelancong dalam tempoh PKPP pihak hotel sedia berkompromi menurunkan kadar harga.

“Ini kerana saya melihat masih banyak hotel di Melaka masih mengekalkan harga yang agak tinggi,” katanya di sini, semalam.

Oleh itu, beliau berharap hotel lima bintang perlu meletakkan harga perkhidmatan yang lebih rendah dan berpatutan berikutan sambutan pelancong pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya juga biarpun kadar kedatangan pelancong ke Melaka meningkat namun sambutan terhadap industri perhotelan di negeri itu hanya mencapai 56 peratus. – HARAKAHDAILY 2/9/2020

- Advertisement -