Bersama bantu ringankan beban asnaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Muslim Care Malaysia (MCM) telah selesai menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan kerusi roda kepada sepasang suami isteri di Alor Star semalam.

Kedua-dua mereka mengalami stroke sejak beberapa tahun lalu.

- Advertisement -

Melihat kondisi rumah mereka yang sangat dhaif, panas dan bocor di sana sini, pihak MCM akan meneruskan bantuan susulan kepada mereka sekeluarga.

Selain itu menurut Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail, pihaknya juga berkesempatan untuk menziarahi seorang warga emas yang telah terlibat dengan kemalangan akibat terlanggar seekor khinzir semasa di dalam perjalanan ke kuliah dhuha.

“Sangat meruntun hati melihat keadaan beliau yang mengalami kecederaan kekal akibat tempurung kepala yang telah terbuka semasa kemalangan tersebut berlaku,” kata Mohd Johari kepada Harakahdaily, hari ini.

Sehubungan itu, MCM membuka peluang kepada para penyumbang untuk turut menginfakkan sumbangan bagi membantu MCM meneruskan lebih banyak misi sumbangan bantuan keperluan harian asnaf dan pendidikan anak-anak asnaf.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Muslim Care Malaysia Maybank: 564490413882 atau Bank Islam: 14014010147470 dan Bank Muamalat: 14010007654717

SMS atau Whatsapp slip sumbangan kepada:
6011-50050035, 6013-4886447, 6016-9978323, 6019-2049434 – HARAKAHDAILY 2/9/2020

- Advertisement -