31 Ogos lakar sejarah Muslimat-Wanita Lipis

- Advertisement -

LIPIS: Tanggal 31 Ogos 2020 mencatat sejarah apabila julung kali diadakan majlis pertemuan di antara Muslimat PAS Lipis dan Wanita Umno Bahagian Lipis  bertempat di Kompleks Istiqamah Abdullah Sani Pas, Berembang, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Pertemuan ini diterajui Ketua Muslimat PAS Lipis, Ustazah Khadijah Abu Jamal dan Ketua Wanita Umno Lipis, Senator Dato’ Siti Fatimah Yahya diiringi Naib Ketua dan Setiausaha Wanita Umno Lipis, Latifah Abdul Hamed dan Hartini Osman.

Objektif pertemuan tersebut adalah bagi merancang program bersama untuk mendekati rakyat dalam Parlimen Lipis bagi memberi infomasi terkini dan membuktikan keprihatinan kepada rakyat khususnya masyarakat setempat.

Rancang dibuat itu demi mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada penyatuan Muafakat Nasional yang terjalin antara PAS dan Umno sepanjang setahun lalu dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Menurut Ustazah Khadijah, melihat senario yang berlaku, peranan wanita dalam mendepani masyarakat amat penting dan berharap kerjasama erat lagi utuh ini dapat menguatkan lagi kepercayaan rakyat kepada kepimpinan PAS dan Umno.

“Saya mengharapkan semoga maufakat ini difahami oleh ahli kedua-dua belah pihak. Selepas ini tidak ada lagi tembok yang memisahkan kita (Umno dan PAS).

“Sekiranya berlaku PRU15 nanti, kita sama-sama menyokong siapa sahaja calon yang pucuk pimpinan pilih. Jangan ambil kira dari parti mana ia bertanding. Sekarang kita dibawah satu bumbung iaitu Maufakat Nasional (MN).

“Hendaknya kita sama-sama dapat terus memeliahara hubungan ini benar-benar  ikhlas hanya kerana Allah kerana sayangkan agama, bangsa dan negara bukan bertujuan hanya untuk menang pilihan raya,” seru beliau. – HARAKAHDAILY 2/9/2020

- Advertisement -