WARISAN-PH jangan seleweng isu Bible

- Advertisement -

DEWAN Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Sabah hari ini menyelar beberapa kenyataan daripada pimpinan politik WARISAN yang mengatakan pimpinan PAS menghina orang bukan-Islam.

- Advertisement -

Kenyataan seumpama ini adalah politik murahan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Saya mendengar berulang kali kenyataan oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tersebut dan tidak ada satu kenyataan pun yang berunsur penginaan kepada mana-mana agama.

Beliau hanya mengatakan ”jangan berpegang pada sumber agama yang diselewengkan” ketika membahaskan mengenai hukuman terhadap pemandu mabuk. Saya merasakan itu adalah saranan yang tepat.

Lebih baik Kerajaan Sabah sekarang perbesarkan dan fokus isu-isu rakyat. Kami di kampung-kampung makan pun susah. Jalan raya sangat teruk. Anak-anak pergi sekolah sangat sukar. Ada kampung yang tiada air. Masih terlalu banyak isu rakyat yang belum selesai.

Tiada gunanya mainkan isu perkauman sedangkan ia tidak berasas sama sekali.

Saya sarankan kepada Kerajaan WARISAN supaya berubah. Jadilah kerajaan yang sayangkan rakyat. Jangan fokus pada isu perkauman kerana hanya merugikan negeri dan negara.

SATAIL MAJUNGKAT
Pengerusi
Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah
1 September 2020 – HARAKAHDAILY 1/9/2020

- Advertisement -