Ekonomi negara jatuh bawah PH, dibaiki PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah mencatat pertumbuhan 0.5 peratus iaitu paling rendah dalam Malaysia bagi tahun 2018 dan 2019 yang menunjukkan indikator ekonomi tidak bagus di bawah pemerintahan WARISAN.

Pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Prof Dato’ Dr Kasim Md Mansur berkata, KDNK sepanjang negara di bawah Kerajaan Pakatan Harapan juga sekadar mencatat pertumbuhan 4.5 peratus, yakni tidak membanggakan berbanding Cambodia, Laos dan Vietnam.

Beliau mengutarakan perkara itu dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN: ‘Pencapaian, Harapan dan Cabaran’ anjuran Pertubuhan Intelektual Negara di Persatuan Alumni UM Club House, Damansara, di sini hari ini.

“Kalau kita tengok, perbandingan BN waktu 2017, 2018, sekali lagi kalau kita tengok perbandingan waktu Tan Sri Musa Aman, memang menunjukkan pencapaian baguslah, berbanding dengan WARISAN di bawah Dato’ Seri Shafie Apdal.

“Dan pada tahun 2018 kalau di Sabah, merupakan yang paling rendah dalam sejarah 10 tahun ekonomi negeri Sabah. Itu senario yang berlaku selepas 2 years, 2018 and 2019, di negeri Sabah dan juga di Malaysia, ASEAN dan sebagainya,” ujarnya.

- Advertisement -

Kerajaan PN pujinya, walaupun mengambil alih tampuk pemerintahan tanpa manifesto, tetapi telah melakukan sesuatu yang positif kepada pemulihan ekonomi negara biarpun berdepan cabaran getir pandemik COVID-19.

Beliau juga menyifatkan ekonomi telah dilaksanakan Kerajaan PN sangat komprehensif, holistik dan berfokus serta memberi impak positif di mana ia meredakan kesulitan dihadapi oleh rakyat terutamanya.

Perkara tersebut ujarnya, disokong dengan pengiktirafan di peringkat global yang antaranya menerima penarafan A- dari S&P Global Ratings, sekali gus memberi isyarat positif kepada pemain industri dan pelabur luar. – HARAKAHDAILY 1/9/2020

- Advertisement -