PAS tidak pernah pinggir kaum, penganut lain

BANGI: Walaupun telah 20 tahun bersama PAS, Manikam Ponna Raman tetap bersemangat bersama parti Islam untuk berkhidmat kepada masyarakat khususnya dalam Parlimen Bangi.

Advertisement

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Bangi ini sangat bangga bercerita pengalaman beliau bersama PAS dalam kerja kebajikan dan penerangan keindahan Islam pada masyarakat non-Muslim.

Katanya, sikap PAS yang tidak pernah prejudis pada mana-mana kaum, bangsa dan agama menyebabkan beliau makin tertarik dan menjadikan seluruh ahli keluarga kekal dalam parti ini.

“Kerjasama dengan PAS, satu team dengan PAS, pernah kerja, dari dulu sampai kini, dan selama-lamanya. Dulu kini dan selamanya. So family saya semuanya mengikut PAS, untuk buat kerja, bekerjasama.

“Tak ada orang paksakan saya masuk PAS, apa masuk Islam. Tapi itu terpulang kepada kita. Itu terpulang kepada kita. Nak masuk, masuk. Tak masuk, tak kisah. Bukan ada paksa pun. Itu kebaikan PAS,” jelasnya ketika ditemui.

Manikam yang sering hadir ke usrah dan kuliah untuk mendengar dan belajar mengenai Islam juga amat berbesar hati terhadap sambutan baik dan layanan PAS pada beliau ketika menghadiri majlis berkenaan.

“Masa dulu, saya masa Hulu Langat pun usrah kuliah saya pergi. Dengar saja siapa ustaz mana datang, itu YB mana datang, saya pergi dengar,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 31/8/2020