Muslimat-Wanita bermunajat mohon kemenangan

- Advertisement -

BANGI: Muslimat PAS Kawasan dan Wanita Umno Bahagian bagi Parlimen Bangi telah mengadakan program bersama iaitu Semarak Kasih Muafakat Nasional yang dilangsungkan di Dewan Mawaddah, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program diisi dengan solat hajat berjemaah dan bacaan zikir munajat AKIFI ini sebagai memohon pertolongan Allah S.W.T agar diberi kekuatan dan kemenangan pada pilihan raya kelak dan atas perjuangan Islam keseluruhannya.

“Hanya kepada Allah sahaja tempat kita bergantung, hanya kepada Allah sahaja tempat kita memohon keampunan, hanya kepada Allah sahaja tempat kita memohon pertolongan.

“Tidak ada lagi selain dari-Nya untuk kita memohon segala apa yang kita inginkan,” ujar Ketua Muslimat PAS Bangi, Hamsatul Hamzah ketika ucapan aluannnya pada semua yang hadir.

Slot solat hajat ini juga katanya, sebagai mengisi Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-63 dengan harapan Malaysia ini sentiasa aman sejahtera, dihindari dari sebarang kerosakan dan sentiasa di bawah keredhaan Allah.

Muslimat PAS dan Wanita Umno yang hadir juga berkesempatan mendengar pengisian yang disampaikan oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Negeri Selangor, Noor Zarina Mohd Azhar.

Semarak Kasih ini juga di serikan dengan slot Nostalgia Menu Zaman Jepun di mana demo masakan dan hidangan set makanan sewaktu zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu telah dipertonton kepada hadirin.

Program berakhir dengan penyerahan bendera Malaysia oleh konvoi diketuai Ketua Umno Bangi, Dato’ Dr Mohd Zaidi Mohd Zain yang singgah di sini. – HARAKAHDAILY 31/8/2020

- Advertisement -