DACS Pekan berkonvoi ke kawasan perkelahan

- Advertisement -

PEKAN: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan melalui Alternative Riding Club telah mengadakan konvoi bermotosikal ke kawasan Rekreasi Air Terjun Berkelah, Maran, di sini semalam.

- Advertisement -

Konvoi yang turut disertai oleh beberapa pacuan empat roda ini melibatkan seramai 60 peserta dari DUN-DUN dalam Parlimen Pekan di mana telah memulakan perjalanan sekitar jam 7:30 pagi.

Peserta turut mendengar ucapan taujihat daripada Timbalan Yang Dipertua PAS Pekan, Ustaz Fadhil Noor Al-Yamani serta taklimat keselamatan daripada Jabatan Amal Pekan.

Ustaz Fadhil yang juga Naqib ARC Pahang dalam ucapannya menyeru para peserta terutamanya Pemuda untuk terus menyokong dan mendukung perjuangan Islam menerusi wadah PAS.

Beliau turut menambah bahawa aktiviti di dalam PAS bukan hanya berkisar mengenai politik, bahkan merangkumi aspek tarbiyah dan dakwah serta kebajikan dan rekreasi.

Peserta turut berpeluang menikmati keindahan panorama di sekitar kawasan Rekreasi Air Terjun Berkelah ini semasa berada dalam kawasan ini.

Program yang tamat sekitar jam 3 petang ini telah menarik keterujaan dalam kalangan peserta di mana diakhiri dengan doa wehdah, solat Zohor berjemaah dan menikmati BBQ. – HARAKAHDAILY 31/8/2020

- Advertisement -