Tiga PAS Cawangan berpadu semarakkan merdeka

BALIK PULAU: Tiga PAS Cawangan iaitu Sungai Batu, Bukit Gemuruh dan Kampung Matahari Naik telah mengambil inisiatif sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-63 dengan mengedarkan Jalur Gemilang, semalam.

Advertisement

Edaran selepas Asar hingga menjelang waktu Maghrib kepada orang ramai itu mendapat reaksi positif pada program yang disemarakkan dengan kehadiran ahli PAS ketiga-tiga Cawangan di Markas Tarbiyah Teluk Kumbar, di sini.

Program bertujuan menyemarakkan semangat patrotisme ini telah dihadiri Timbalan Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Balik Pulau iaitu Mohd Taufik Hashim, Abd Razak Mansor dan Azmi Saad.

Menurut Azmi, program ini juga sebagai menyahut seruan dan saranan Presiden PAS supaya seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa menghormati Jalur Gemilang yang menjadi lambang negara dan menghayati erti kemerdekaan.

Beliau turut meluahkan rasa kesal berikutan kejadian menterbalikkan bendera itu masih berlaku dan berharap inisiatif dibuat seperti ini dapat memupuk jati diri tinggi serta kecintaan dan ketaatan kepada negara.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Pulau Pinang, Steven Koh dengan program dilancarkan oleh Jabatan Amal Malaysia Balik Pulau yang mengawal prosedur operasi standard. – HARAKAHDAILY 30/8/2020